Thursday, 23 January 2014

Pertanyaan si isteri kepada si suami

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sudah cukup mengundang loya. Entah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cinta di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujadahku, diri ini amat terbatas dalam uapaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tangunggan dan beban bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memerlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan Allah swt diuji dengan barah payu dara atau barah rahim, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuhku lemah menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

~Pertanyaan si suami kepada si isteri~

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk member nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku berasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh daripada mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuh kerana ‘menanggung’ aku sebagai suami yang bakal dilabel dayus. Aku akan beruasaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa dan aku terpaksa ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu dan adakah aku masih cinta hatimu?

Jika aku disahkah oleh doctor tidak mampu memberikan zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?

Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup disisiku yang hanya suamimu dengan status tanpa mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami?

So, tanya diri sendiri….mampukah kita melaksanakan semua ini….masihkah ada cinta jika ada badai yang melanda?? Jangan mudah mengalah dengan apa pun ujian yang diberi…itu tandanya cinta kita pada pasangan kita….

No comments:

Post a Comment