Impian seorang wanita pastinya lebih anggun dengan wangian yang mempesona penuh memikat. Palitkan haruman menggoda yang akan meyakinkan anda.
HYACINTH
Bau wangiannya cukup buat anda terpaku. Bunga ini mempunyai haruman yang amat menyegarkan selain baunya yang manis. Sangat sesuai buat anda yang memilih gaya vintaj.
ROSE
Baunya yang membangkitkan rasa positif amat menenangkan. Haruman penuh menggoda, sesuai untuk anda yang gemarkan penampilan feminin.
JASMINE
Aromanya cukup membuatkan sesiapa sahaja terpikat. Mampu membangkitkan rasa ghairah. Semburan pemikat penuh menggoda. Sesuai untuk anda yang sukakan kesan dramatik.
PEONY
Cukup mempersona. Haruman manisnya cukup sesuai buat anda yang bersifat keanak-anakan dan manja. Serlahkan gaya dan penampilan yang comel dengan haruman ini.
FREESIA
Simbol musim bunga di negara barat. Gubahan bunga yang menjadi gaya perkahwinan desa penuh melatari ruang persepsi dengan aroma terapi asli.
No comments:
Post a Comment