Setiap perbuatan di dalam sembahyang itu ada maksudnya. Yang mana kalau kita faham, akan membuatkan kita lebih khusyuk apabila mengerjakan sembahyang.
1) Mengangkat tangan Takbiratul Ihram maksudnya apabila kita mengangkat takbir, kedua tapak tangan kita menghadap kiblat, menandakan kita benar-benar menghadapkan diri kita kepada Allah swt. Kemudian belakang tapak tangan kita itu bermaksud kita meninggalkan segala persoalan dunia di belakang kita.
2) Berdiri tegak bermaksud kita bersedia untuk bertugas kepada tuhan. Seolah-olah seorang askar yang hendak pergi berperang. Patuh dan taat kepada komandannya. Kita ini hamba Allah swt yang sanggup lakukan apa sahaja untuk Allah swt.
3) Tangan yang kita lekapkan pada perut (pusat) kita itu mengingatkan kita tentang mati. Begitulah keadaan tangan kita apabila kita mati nanti. Ia juga menandakan tanggungjawab yang kita pikul. Berbanding dengan seorang yang melegangkan tangannya. Ia mengingatkan kita bahawa kita hidup di dunia ini ada tanggungjawab dan tugas yang kita perlu laksanakan menurut apa yang diperintahkan oleh Allah swt.
4) Apabila kita rukuk pula, kita bayangkan yang kita ini seperti binatang-binatang yang hina. Begitulah hinanya diri kita jika kita tidak betul-betul menurut perintah Allah swt. Malah lebih hina lagi kerana binatang tiada akal fikiran ini pula bersikap seperti binatang.
5) Apabila kita sujud, ia mengingatkan kita ini akan kembali ke tanah dan juga hina seperti tanah. Di saat ini jugalah Allah swt paling hamper dengan kita. Iaitu di saat kita paling merendahkan diri dan melekapkan anggota kita yang paling mulia ke tanah (kepala). Itulah sifat yang Allah swt hendak kita kekalkan setiap masa.
Begitulah diantara maksud-maksud yang kita kena faham daripada kedudukan-kedudukan berbeza dalam sembahyang.

No comments:
Post a Comment