Monday, 13 January 2014

Apa Yang Isteri Suka Suami Buat.



APA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT....

Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan. Apabila menyebutkan hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan seks semata. 

Ada pelbagai perkara lain yang selama ini mungkin terlepas pandang dalam kehidupan berumah-tangga. Perkara yang dilihat mudah tetapi ianya dapat memainkan peranan besar dalam mencipta kebahagiaan hidup bersama.

Berikut di bawah adalah kemungkinan perihal yang pihak isteri inginkan suaminya membuat perkara-perkara tertentu, iaitu :

1. Saya suka suami turut bantu saya dengan kerja-kerja rumah selepas balik kerja

2. Saya suka bila suami pesan dan doakan saya sebelum pergi kerja

3. Saya suka suami hantar (dan ambil) saya ke tempat kerja

4. Saya suka suami cium saya bila nak pergi kerja dan bisikkan "I Love You Sayang"

5. Saya suka suami membelai dan mengurut badan saya selepas seharian stress dan letih bekerja

6. Saya suka sekali sekala suami bawa saya makan "candle light dinner" di restoran yang menarik

7. Saya suka bila suami ingin luangkan masa mendengar masalah saya di tempat kerja

8. Saya suka bila suami peluk saya apabila ingin tidur

9. Saya suka bila suami sms/whatsapp ayat-ayat cinta tanda ingatan kepada saya sewaktu kerja

10.Saya suka setahun sekali suami bawa saya bercuti ke pusat peranginan yang menarik.

**agaknya sampai bila hubungan romantik dapat diteruskan? mungkin ia kelihatan remeh tetapi berperanan besar dalam penentu kebahagiaan...

**sebenarnya ia lebih dari 10.., bergantung pada keadaan diri masing-masing...

No comments:

Post a Comment