Sunday, 19 January 2014

Bila Tayar Perlu Ditukar

Bila Tayar Perlu Ditukar

1. Lapisan bunga menyentuh tanda paras amaran botak (tread wear indicator) atau capai ukuran minima 1.6mm.

2. Terdapat rekahan, tanda haus yang tidak sekata atau terdapat benjol dipermukaan bunga/dinding tayar.

3. Pernah pancit tebih dari 5 kali di kawasan permukaan bunga tayar (tayar yang sama) atau lubang pancit (punctured hole) berdekatan antara satu sama lain (anggaran 1 inci)

4. Pancit di dinding (side wall) atau bahu tayar sebelah bawah (lover shoulder).

5. Kecederaan atau kerosakan pada dinding tayar.

6. Bunga tayar yang tidak sekata akibat daripada pakir yang lama.

7. Tayar yang digunakan telah melebihi 5 tahun penggunaannya.

8. Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut.



Punca-Punca Penyebab Tayar Meletup

1. Kurang tekanan angin dalam tayar.

2. Tayar lebih tekanan angin.

3. Membawa lebih muatan dari had kemampuan tayar.

4. Terlanggar objek atau lubang yang besar pada permukaan jalan.

5. Penggunaan tayar melebihi janga hayat.

6. Penggunaan tayar yang sedia rosak seperti terdapat benjolan dan luka/koyak.

7. Penggunaan melebihi dari tanda paras amaran botak (TWI).

8. Gaya pemanduan melebihi kemampuan tayar.

9. Pemilihan tayar yang salah seperti had berat dan indek kelajuan lebih rendah dari penggunaan asal (bacaan indek berat dan kelajuan lebih rendah dari spesifikasi pengilang kenderaan).

10. Tidak menyelenggara tayar dengan sempurna seperti pengabaian penjajaran dan pengimbangan tayar (Wheel Alignment & Balancing).

11. terdapat kesan rekahan pada dinding dan lapisan bunga tayar.

12. Proses pembaikan dan penampalan selepas kebocoran yang tidak betul.

No comments:

Post a Comment