Wednesday, 22 January 2014

Apa Itu Cinta


Apa Itu Cinta??

1) Jangan tertarik kepada seseorang hanya kerana paras rupa, kekayaan dan kedudukan kerana ia bukanlah penjamin kebahagiaan. Tetapi tertariklah kepada si dia kerana senyumannya yang mampu membuatkan hidup kamu seceria warna sang pelangi.

2) Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangan merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu mimpikan orang seperti itu.

3) Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

4) Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

5)Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku dari sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semula jadi.

6) Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai jadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan dalam diri dia.

7) Orang-orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik. Mereka hanya berusaha menjadi yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

8) Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih dengan kurniaan itu.

9) Perkara yang paling menyedihkan dalam hidup ailah apabila bertemu dengan orang yang sangat bererti dalam hidup tetapi terpaksa dilepaskan atas alas an yang kukuh.

10) Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

11) Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah mempunyai keberanian untuk mengucapkan cintanya kepadamu.

12) Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal andai kamu masih mahu meneruskannya. Jangan sesekali pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup dan jangan mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak mampu melupakannya.

13) Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dan yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, jangan menulikan telinga untuk mendengar dari orang lain yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

14) Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

No comments:

Post a Comment