Saturday 18 January 2014

Kenali Pasangan Anda

Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, semestinya setiap pasangan akan menyorokkan segala keburukan diri dari pasangan. Bimbang si dia tidak menyukai kamu dengan sikap negatif yang ada padamu. Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap jujur dan berterus terang bersama pasangan adalah lebih baik dan anda akan lebih memahaminya sebelum menuju ke alam perkahwinan. Berikut ada beberaa tips untuk mengenali pasangan anda.

1. Berkongsi cerita bersama. Pasti si dia akan bercerita kepadamu mengenai latar belakang dirinya sebelum itu.

2. Berani untuk bertanya si dia kisah masa lampau dirinya. Oleh itu, anda berdua akan jujur dalam perhubungan.

3. Tidak menyimpan perasaan sakit hati atau dendam. Sekiranya anda berasa tidak puas hati, luahkan sahaja. Si dia pasti memahami sebab kamu berasa marah.

4. Ketahui hobi si dia di masa lapang seperti menonton televisyen, bermain game, duduk di rumah, melepak bersama rakan dan sebagainya.

5. Ketahui apa yang tidak disukainya. Contohnya sikap, makanan dan minuman yang tidak disukai.

6. Kenali warna yang disukainya. Ini memudahkan apabila berkahwin, anda sudah tahu warna pakaian yang disukainya.

7. Kenali sikap si dia apabila bersama keluarga. Adakah dia seorang yang manja dengan ibunya? Adakah dia seorang yang tidak mengambil berat perihal keluarganya? Dari situ, anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.

8. Selidik cara percakapan si dia apabila bersama rakan dan keluarganya. Anda akan ketahui sama ada si dia seorang yang lembut, panas baran, penyayang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment