Sunday 26 January 2014

Harga sebuah jodoh dan kebahagiaan

Seorang muslimah yang duduk sahaja menanti lamaran lelaki, maka dia ini sedang mengikuti sunnah para puteri, wanita-wanita bangsawan. Mereka malu dan merasa aib menawar diri kepada lelaki, bimbang dipandang murah.

Manakala seorang muslimah yang meminta nikah kepada keluarga dan walinya maka dia mengikuti sunnah para sahabat nabi dan teladan orang-orang solihin. Apabila sampai masa untuk bernikah maka dia meminta kepada bapa dan saudara lelakinya untuk mencari pasangan.

Kemudian wanita yang mencari sendiri calon suami, menawarkan diri kepada orang-orang yang dihormati dan dicintai, mereka ini pula mencontohi teladan Khadijah RA yang bijaksana dan para sahabat wanita yang mulia. Mereka tidak ingin ketinggalan dan tidak mahu pula terlepas peluang kebaikan.

Kehidupan ini realiti, dalam hidup ini kita perlu saling memberi dan menerima, justeru orang yang ingin diterima maka dia pula perlulah sanggup memberi.

Ingin jodoh yang sempurna dan istimewa maka kita pun perlulah sanggup membayar harganya.

Ada yang memerlukan kita untuk mempunyai kecantikan, ada yang menuntut ilmu pengetahuan, ada yang memerlukan kebijaksanaan dan kebolehan, ada yang memerlukan kita untuk memiliki ketaqwaan dan kesabaran....

Yang penting, apa yang terbaik kita beri, itulah yang kita akan terima.

Dan bukankah kebaikan itu balasannya ialah kebaikan pula ?

هَلْ جَزَاء الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
"Tidak ada balasan kepada kebaikan kecuali dengan membalas kebaikan (pula)." [Al-Rahman :60]

No comments:

Post a Comment