Tuesday 22 April 2014

Sebab Unfriend kawan kt Facebook

10 Alasan Tiba Masa Anda Perlu 'Unfriend' Kawan di Facebook
    1. Bukan main ye-ye lagi add anda sebagai rakan Facebook tapi bila jumpa di luar, senyum pun tidak apatah lagi bertegur sapa.
    2. Majoriti status, 'Anak berkenan la pula dengan itu ini...harga beribu-ribu, nasib baik la mampu beli'.
    3. Bila komen sikit kat status diorang, kena balas camni, 'Suka hati akulah, aku punya FB.'
    4. Kerja asyik check in je, statusnya tiada!
    5. Seperti 'point' nombor 4, check in kat lokasi luar Malaysia saja (eleh, berlagak lah tu, hehe)
    6. Letak 100 status sehari, timeline penuh status kau je, pening kepala gak!
    7. 100 kali hantar 'request' main game dalam sehari
    8. Orang tersebut like semua gambar atau status anda walaupun baru sekali jumpa. Wah! 'Stalker' erk.
    9. Bekas kekasih jadi kawan, bila anda letak status 'tengah sunyi betul', cepat-cepat ada dia mesej anda walaupun ketika itu anda telah berkahwin.
    10. Bila 'approve' jadi kawan, mesej pertama yang anda dapat, 'bro, boleh pinjam duit sikit tak? Akhir bulan bayar.
    11. Update status nk marah orang je..pegi la sound direct kt private message..kn??

    Wednesday 2 April 2014

    Tips Membeli Hadiah


    Antara cara biasa untuk menunjukkan sukanya atau sayangnya pada seseorang adalah dengan membeli hadiah. Kecil, besar, murah atau mahal akan menjadi persoalan pada kita, jadi hadiah bagaiman yang sesuai untuk berikan pada pasangan anda, sama ada kekasih atau pasangan suami-isteri.

    1. Apa yang si Dia Suka
    Pertama sekali, adalah sangat logik untuk kita ketahui apa yang si Dia suka. Jangan malu untuk bertanya pasangan anda, tetapi adalah sangat menarik jika anda dapat tahu dari sumber-sumber yang lain, seperti dari keluarga, dari kawan-kawannya dari blog atau facebook si Dia. Kalau dia sukakan bunga, so selamatlah poket korang.. Kalau dia suka cincin berlian, hmmm… Tetapi yang paling common(selalunya), kaum perempuan sangat sukakan bunga, kerana mengaggap itulah antara hadiah yang romantik..
    2. Apa yang anda mampu
    Tak perlu kita belanja sehingga kopak, sehingga terpaksa ikat perut dan kurus keding sampai sorok tiang lampu pun tak nampak.. Kalau sekadar jam tangan RM 200 yang anda mampu cukuplah untuk berikan pada si Dia, kerana yang penting adalah kenapa anda berikan kepada si Dia dan ada baiknya juga tidak mengajar pasangan anda menjadi too “BRANDED” atau “BRAND CAUTIOUS” atau anda terpaksa menjadi businessman yang kaya raya.
    3. Buat sendiri
    Tak semua orang ada tangan yang seni, tapi ia bukanlah menjadi penghalang kepada siapa-siapa untuk berkarya. Anda kena faham, kalau anda yang buat sendiri hadiah itu, ialah hanya 1 dalam dunia ini. Kad ucapan, lagu, album gambar, kolaj apa-apa yang anda boleh ceritakan isi hati anda yang awak sangat saya pada si Dia dan berilah yang terbaik dan teristimewa.

    4. Surat

    Tak seronok kalau tak ada kata-kata yang bisa menarik hati si Dia. Tulis seperenggan atau sehalai nota untuk nyatakan “Saya Suka Awak”, “Saya Rindu Awak” … cukup sudah memadai, tapi kalau disulami dengan isi hati anda dan ayat-ayat yang romantis insya Allah gugur, luruh dan jatuhnya hati si Dia dekat anda..
    5. Surprise(kejutan)
    Semua orang sukakan kejutan yang menyeronokan.. Berilah hadiah ini pada waktu dia tak sangka dia akan terima hadiah itu… Seperti letakkan di depan pintu rumahnya, menghantar dengan pos laju, letakkan di atas kerusinya bila dia tiada, letak dalam begnya bila dia tak pandang… Biarlah si Dia yang terjumpa.. Pasti dia akan sangat sukakanya… Tapi janganlah dibaling ke kepala si Dia..
    6. Keikhlasan
    Dalam semua-semua, inilah point yang paling penting sekali.. Bukan sebab besar mana atau berapa mahal tapi ianya datang dari hati yang ikhlas untuk memberi bagi menunjukkan kasih dan sayang pada pasangan anda.. Kerana ia melibatkan masa anda, jauhnya anda berjalan untuk mendapatkan hadiah itu, meneliti atas bawah rak tengok apa yang sesuai, cek dompet tengok duit cukup ke tidak?, fikirkan apa yang nak diberi. Itulah yang paling dikira sebenarnya. :) Biarlah ia datang dari hati..
    Dan kalau anda sendiri yang buat hadiah itu, kreativiti anda dan masa menjadi pengukur kepada keikhlasan anda.

    Hukum Menyambut April Fool




    Masyarakat kita umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Apabila orang kafir menyambut ‘Valentines Day’ mereka pun nak sambut ‘Hari Valentine/Kekasih’ juga! Bila orang kafir sambut ‘April Fool’s Day’, mereka pun ikut ‘fool’ sama menyambut hari mengarut itu!
    .
    Daripada Anas bin Malik, Rasulullah  pernah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu termasuk di dalam kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud r.a., Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam as-Suyuti )
    .
    Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain yang dikenali sebagai ‘April Fool’Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana pada hari ini ramai manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu Menipu dan Bergurau Melampaui Batas.
    Tidak dinafikan bergurau dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya adalah tidak salah. Namun pada hari ‘April Fool’ ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan keterlaluan malah ada yang hingga menjatuhkan maruah,  mendatangkan malu, keaiban, menimbulkan perasaan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu umat Islam hindari dan  titik beratkan  serta diberi perhatian.
    .
    .

    Pendapat Para Ulama

    .
    Agama Islam amat melarang ummatnya melakukan perbuatan mengaibkan dan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu ‘April Fool’ ini:
    .

    1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi

     .
    Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah menyatakan:“Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu tanda kemunafikan.”
    Ini kerana Rasulullah  bersabda: “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Rasulullah  memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda  bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e)
    Rasulullah  juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).
    Sebahagian hadis Nabi  turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.
    Rasulullah  bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
     .
    Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana 4 sebab:
    1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
    2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
    3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
    4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
    .
    .

    2)  Shaikh Atiyyah Saqr

     .
    Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
     .
    Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
     .
    Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah  bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah  membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.”
    Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
    .
    .
    Haram Meraikan ‘April Fool’ 
    .
    Rasulullah  melarang kita menipu, Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita dapati bahawa budaya ‘April Fool’ jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
    Amalan menipu ini turut melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu. Sewajarnya tradisi ‘April Fool’ ini dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!
    .
    Umat Islam adalah diharam meraikan sambutan ‘April Fool’ ini kerana ia jelas boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan dan menyesatkan akidah umatnya.
    Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa Islam adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan. Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.
    Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Semoga Allah سبحانه وتعالى terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.