Wednesday, 20 August 2014

Tips Dihormati Rakan Sekerja

MENEPATI JANJI
Menepati janji adalah salah satu sikap yang perlu anda amalkan untuk membuat orang lain menghormati anda. Walau bagaimanapun risikonya, cubalah menepati janji terutamanya jika melibatkan kakitangan. Anda tetap harus selalu memegang kata-kata anda.

HORMAT DIRI SENDIRI
Anda tidak akan dihormati orang lain, jika anda tidak menghormati diri sendiri. Sebab, ketidakpercayaan anda pada keupayaan diri sendiri akan tergambar melalui tindakan anda ketika berhadapan dengan orang lain. Ia akan menunjukkan anda tidak boleh dipercayai.

PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRI
Orang yang percaya akan kebolehan diri akan membuat orang lain mengagumi karakter mereka. Selain dianggap lebih dipercayai, orang yang percaya akan diri ini juga selalunya yakin pada kemampuan diri sehingga dia tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

BELAJAR DARIPADA TOKOH YANG DIHORMATI
Amati sikap diri tokoh-tokoh yang dihormati di sekitar anda yang boleh ditiru. Lihat cara mereka bersosial seperti bercakap dan membawa diri di khalayak umum. Mulai membuat perubahan dalam keperibadian anda dengan mencuba untuk menyerap kualiti diri di hadapan mereka.

HORMAT MENGHORMATI ORANG LAIN
Anda tidak boleh berharap orang lain akan menghormati diri anda jika anada sendiri tidak mahu menghormati orang lain. Jika anda seorang yang prihatin, bersimpati dan penyayang kepada orang lain, mereka pasti akan membalasnya dengan cara yang sama.

MENGEMBANGKAN KETERAMPILAN DIRI
Jika ingin diri dihormati anda harus menunjukkan bahawa diri anda seorang yang berkualiti dan cergas terutamanya ketika sesi pembentangan. Orang yang pasif dan malas dipandang seorang yang membosankan dan kurang cergas. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih mengembangkan keterampilan diri dengan menyuarakan pendapat anda pada waktu yang tepat.